ARRAS, Perancis, 9 April – Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau akan mengetuai acara memperingati tahun ke-100 Battle of Vimy Ridge di Perancis, yang dianggap gerakan pengasasan dalam sejarah negara beliau.
Trudeau akan disertai oleh Presiden Perancis Francois Hollande dan Putera Charles dari Britain dan putera-putera beliau pada upacara itu.
Kira-kira 20,000 anggota tentera Kanada terkorban dan 7,000 cedera dalam pertempuran tiga hari menentang pasukan Jerman.
“Battle of Vimy Ridge adalah titik peralihan dalam Perang Dunia Pertama dan bagi Kanada, apabila pihak Kanada bertindak dan bertempur sebagai satu” Trudeau berkata bulan lalu.
“Di Vimy Bridge, kami akan memperingati kemenangan besar ini, dan memberi penghormatan kepada rakyat Kanada yang berkhidmat.”

Pertempuran bermula awal 9 April 1917 dan adalah sebahagian serangan lebih besar yang diketuai Britain yang termasuklah tentera Australia, dikenali sebagai Battle of Arras, iaitu taktik pengubahan untuk membantu serangan besar Perancis di selatan jauh.
Itu adalah kali pertama empat divisyen tentera dari Kanada berjuang bersama-sama sebagai Kor Kanada.
Penting bagi serangan ialah terowong yang dikorek oleh pasukan New Zealand yang membolehkan pasukan Kanada menguasai pasukan tentera Jerman secara mengejut. – AFP