Sunday, February 9, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump akan adakan lawatan ke Korea Selatan

    SEOUL, 3 Nov – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melawat Korea Selatan pada 7 dan 8 November untuk mengadakan perjumpaan siding kemuncak dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan menyampaikan ucapan di Perhimpunan Nasional, Rumah Biru berkata di sini pada hari Jumaat.

    Nam Gwan-pyo, timbalan ketua kedua Pejabat Keselamatan Kebangsaan (NSO) Rumah Biru, memberitahu taklimat media bahawa Trump dijadualkan tiba di Korea Selatan sekitar tengah

    hari Selasa dan akan melawat pangkalan tentera Amerika Syarikat yang baru diubahsuai di Kem Humphreys di Pyeongtaek, kira-kira 40 km di selatan ibu kota Seoul.

    Presiden AS akan menjadi tuan rumah makan tengah hari di pangkalan untuk anggota perkhidmatan AS dan Korea Selatan dan akan diberi taklimat oleh pasukan gabungan mengenai situasi keselamatan semasa di Semenanjung Korea, kata Nam.

    Kemudian pada hari itu, Presiden Moon akan mengadakan pertemuan dengan Trump di Rumah Biru, dan kemudian pertemuan bersama dengan para pegawai pejabat utama dari kedua belah pihak. Selepas rundingan itu, kedua-dua pemimpin akan mengadakan sidang akhbar bersama. Pada hari kedua,

    Trump akan melawat Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan untuk menyampaikan ucapan, menjadi pemimpin AS pertama untuk melakukannya dalam lebih dari dua dekad. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda