WASHINGTON, 3 April – Presiden AS Donald Trump akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Abdel Fattah al-Sisi di Washington hari ini, dengan menyambut baik pemimpin itu yang telah berdepan dengan kritikan keras bagi rekod hak asasi kemanusiaannya.
Bagi Sisi, pemimpin luar pertama mengucapkan tahniah kepada Trump selepas kemenangan mengejut beliau, pertemuan di Oval Office akan membawa erti istimewa – beliau tidak pernah dijemput ke Rumah Putih oleh bekas presiden Barack Obama.
Isu bertikai proses damai Israel-Palestin dijangka termasuk dalam agenda ketika ia berusaha memerangi kumpulan pejuang jihad Islam IS.
Mesir dan Jordan adalah satu-satunya dua negara Arab yang telah menandatangani perjanjian damai dengan Israel dan mungkin menimbangkan pihak-pihak berperanan penting dalam sebarang usaha damai yang diperbaharui.
Trump telah memperlihatkan bayangan bercampur-campur tentang bagaimana beliau akan menangani proses damai, yang menemui jalan buntu sejak April 2014. Beliau menghentikan dasar AS yang berdekad-dekad lamanya ketika pertemuan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Februari lalu apabila beliau mengisytiharkan bahawa beliau tidak terikat pada penyelesaian dua negara, bererti sebuah negara bebas Palestin di samping Israel.
Trump berkata beliau terbuka kepada satu negara jika itu bermakna perdamaian. Tetapi beliau menggesa Israel supaya ‘menangguhkan seketika penempatan.”
Bekas taikun hartanah New York itu dan bekas jeneral tentera Mesir itu yang tidak merancang mengadakan sidang media bersama, sebelum ini telah mengadakan pertemuan pada September apabila kempen sedang rancak dijalankan.
Trump pada ketika itu menyifatkan Sisi seorang ‘lelaki hebat’.
Pertemuan mereka hari ini akan memberikan pemahaman berharga tentang bagaimana rancangan Rumah Putih Trump menangani isu hak asasi kemanusiaan. – AFP