Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Trump akan lawat Malaysia, Jepun, Korea S

    WASHINGTON, 21 OKT – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin berkata beliau akan mengadakan lawatan ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan dalam masa terdekat sambil menegaskan hasratnya untuk terus ‘bersikap baik terhadap China’, lapor Agensi Berita Kyodo.

    Meskipun ketegangan perdagangan antara AS dan China kembali meningkat, Trump sekali lagi menzahirkan nada optimis menjelang kemungkinan pertemuannya dengan Presiden China, Xi Jinping minggu depan di Korea Selatan.

    “Kami akan mengadakan perjanjian yang adil. Saya mahu bersikap baik terhadap China. Saya amat menghargai hubungan saya dengan Presiden Xi,” kata Trump di Rumah Putih ketika sesi panjang bersama wartawan semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese.

    “Kami fikir itu tempat yang sesuai untuk bertemu, dan kami akan bertemu. Saya akan berada di Malaysia, saya akan berada di Jepun,” katanya.

    Trump sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan Xi apabila kedua-dua mereka berada di Korea Selatan bagi menghadiri sidang kemuncak ekonomi Asia-Pasifik akhir Oktober ini.

    Bagaimanapun, ini merupakan kali pertama Trump secara terbuka menyebut rancangan lawatan beliau ke Malaysia dan Jepun. Beliau tidak menghuraikan lebih lanjut mengenai butiran lawatan itu

    Sumber kerajaan Jepun memaklumkan Trump dijangka mengadakan lawatan tiga hari ke Jepun mulai 27 Oktober selepas menghadiri persidangan serantau di Malaysia yang turut disertai negara-negara Asia Tenggara dan rakan-rakan sekutunya.

    Selepas lawatan ke Jepun, Trump akan meneruskan perjalanan ke Korea Selatan, menurut sumber berkenaan.

    Lawatan Asia yang bakal berlangsung ini merupakan yang pertama sejak beliau memulakan penggal kedua sebagai presiden pada Januari lalu. – Bernama/Kyodo

    Donald Trump bercakap semasa pertemuan dengan Anthony Albanese di Bilik Kabinet di Rumah Putih di Washington, DC kelmarin. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Berita Berkaitan

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Kejohanan Pencak Silat ASG14 buka tirai

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...