Thursday, May 8, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump akan umumkan perjanjian perdagangan utama

    KUALA LUMPUR, 8 MEI – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengadakan sidang media hari ini bagi mengumumkan satu perjanjian perdagangan utama yang melibatkan sebuah negara yang disifatkannya sebagai ‘besar dan amat dihormati’, menurut hantaran di platform Truth Social miliknya.

    Sidang media itu dijadual berlangsung pada jam 10 pagi waktu timur AS, namun Trump tidak mendedahkan negara yang terlibat dalam perjanjian berkenaan, lapor media.

    Pengumuman ini dibuat ketika laporan mengenai rundingan perdagangan peringkat tinggi antara AS dan China sedang berlangsung di Switzerland.

    Menurut Anadolu Ajansi (AA), Kementerian Luar China kelmarin mengesahkan Naib Perdana Menteri He Lifeng akan bertemu Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent di Switzerland bagi rundingan isu berkaitan tarif.

    He Lifeng, yang bertanggungjawab dalam hal ehwal ekonomi dan perdagangan China-AS akan mengetuai delegasi China ke Switzerland dari Jumaat hingga Isnin.

    Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dilaporkan berkata mesyuarat itu diadakan atas permintaan AS.

    Rundingan diadakan susulan ketegangan perdagangan yang meningkat antara kedua-dua negara baru-baru ini. – Bernama

    Presiden Donald Trump bercakap dalam sidang media dalam satu acara di Pejabat Oval Rumah Putih kelmarin. Beliau akan umumkan perjanjian perdagangan utama hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda