Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Trump akhiri lawatan singkat ke Timur Tengah

    SHARM EL-SHEIKH, 14 OKT – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berlepas pulang ke Washington selepas menamatkan lawatan singkatnya ke Timur Tengah, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Trump menaiki pesawat rasmi Air Force One di pusat peranginan Laut Merah Mesir, Sharm el-Sheikh, seperti yang disiarkan menerusi saluran televisyen Arab.

    Lawatan sehari itu menandakan berakhirnya kunjungan beliau ke rantau berkenaan, ketika Trump beberapa kali menyuarakan harapan untuk menamatkan perang di Gaza dan memulakan semula usaha perdamaian di Timur Tengah.

    Beliau menandatangani dokumen yang disifatkannya sebagai ‘komprehensif’ bersama pemimpin Mesir, Qatar dan Turkiye, yang bertujuan mengukuhkan gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Palestin, Hamas.

    Majlis menandatangani dokumen itu turut dihadiri oleh Canselor Jerman Friedrich Merz, Perdana Menteri United Kingdom Keir Starmer, Presiden Perancis Emmanuel Macron serta ramai lagi pemimpin dunia lain. – Bernama

    Donald Trump ketika pulang dari lawatan ke Israel dan Mesir, kelmarin. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    Berita Berkaitan

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Sisa makanan jadi bahan utama kebun komuniti lestari

    Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR, 23 NOV - Di tengah-tengah hiruk...

    Persatuan Pediatrik Brunei anjur sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV- Persatuan Pediatrik...

    Kejohanan boling rai 69 tahun pendidikan ugama formal

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Seramai...

    Terkini

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    KYOTO - Kawasan Omuro di Wad Ukyo, Kyoto, merupakan...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...