Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump akui ‘tersinggung’ apabila Putin sokong Harris

    WASHINGTON, 8 SEPT – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara berseloroh mengakui bahawa beliau ‘sangat tersinggung’ dengan keputusan Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk menyatakan sokongan kepada Naib Presiden AS, Kamala Harris, lapor Sputnik.

    Semasa bercakap pada sesi pleno Forum Ekonomi Timur, Putin secara berseloroh berkata Rusia akan menyokong calon presiden AS dari Parti Demokrat, Kamala Harris seperti yang disyorkan oleh penyandang Presiden Joe Biden.

    Pemimpin Rusia itu mendakwa Harris mempunyai ketawa yang ‘berjangkit’ yang mana seseorang boleh membuat kesimpulan bahawa beliau ‘melakukan dengan agak baik.’

    “Saya mengenali Putin, saya mengenalinya dengan baik. Pada hari yang lalu beliau menyokong Kamala. Beliau menyokong Kamala — Saya sangat tersinggung dengan itu. Saya fikir ia dilakukan mungkin dengan senyuman,” kata Trump kepada penyokongnya semasa berucap pada perhimpunan di Wisconsin.

    Trump juga tertanya-tanya mengapa ketua negara Rusia itu menyokong Harris, sambil menambah bahawa Putin adalah seorang ‘pemain catur.’

    Selain itu, bekas presiden itu sekali lagi menyatakan keyakinan bahawa konflik Ukraine tidak akan berlaku di bawah pemerintahannya.

    Pilihan raya presiden AS akan diadakan pada 5 November. Naib Presiden Harris akan mewakili Parti Demokrat, dan Trump pula akan mewakili Parti Republikan. – Bernama

    Aksi Donald Trump selepas berucap semasa kempen di Lapangan Terbang Central Wisconsin,di Mosinee, Wisconsin kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda