Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump bakal jalani pemeriksaan perubatan rutin

    WASHINGTON, 9 OKT – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan menjalani pemeriksaan tahunan rutin di Pusat Perubatan Walter Reed di Maryland pada Jumaat, kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    “Pada pagi Jumaat, Presiden Trump akan melawat Pusat Perubatan Walter Reed untuk perjumpaan dan sesi ucapan yang dirancang bersama anggota tentera. Semasa di sana, Presiden Trump akan singgah untuk pemeriksaan tahunan rutin beliau,” kata Leavitt dalam satu kenyataan.

    Menurut Leavitt, selepas itu, Trump akan kembali ke Rumah Putih. Beliau juga sedang mempertimbangkan untuk ke Timur Tengah sejurus selepas itu.

    Trump telah lulus pemeriksaan fizikal tahunan beliau pada April.

    Doktor-doktor beliau berkata keadaan kesihatannya sangat baik. Namun begitu, timbul sedikit kebimbangan berikutan kesan lebam yang kelihatan pada bahagian belakang tangannya baru-baru ini.

    Kemudian, wartawan terkenal Seymour Hersh melaporkan bahawa pentadbiran presiden dikatakan bimbang terhadap fungsi kognitif Trump. – Bernama

    Presiden Donald Trump semasa sidang media bersama di Rumah Putih, Washington, DC pada 29 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda