Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump balas kritikan Merkel

    WASHINGTON, 31 Mei – Perselisihan diplomatik rentas Atlantik semakin meluas semalam tatkala Presiden AS Donald Trump bertindak balas terhadap kritikan daripada Canselor Angela Merkel dengan satu serangan baru ke atas taktik perniagaan Jerman dan perbelanjaan pertahanan.

    Jurucakap Trump Sean Spicer menegaskan pemimpin “bergaul dengan baik” tetapi kata-kata mesra beliau daripada podium Rumah Putih disurami oleh twitter yang keterlaluan daripada presiden.

    Apabila Trump pulang pada hujung minggu daripada lawatan luar negara pertama ketika menjadi presiden, pembantunya mengalu-alukan kunjungan sebagai satu kejayaan dan tanda kepimpinan AS yang baru dan lebih lantang di arena dunia.

    Namun, sementara Trump menerima sambutan mesra di Arab Saudi dan Israel, beliau meninggalkan di belakang rasa pahit di Eropah selepas sidang kemuncak NATO di Brussels dan perhimpunan kuasa paling kaya di dunia G7 di Sicily.

    Pemimpin Eropah berasa terkejut dengan keengganan Trump untuk mengesahkan semula sokongan AS terhadap perjanjian perubahan iklim Paris pada tahun lalu dan kegagalan beliau untuk menyokong janji pertahanan bersama NATO.

    Jerman berasa gelisah dan Merkel tidak membuang masa dalam mengingatkan pengundi Jerman bahawa Amerika Syarikat tidak boleh diharapkan sebagai tempat bergantung seperti sebelumnya.

    Respons Trump keluar pada awal pagi semalam apabila beliau menulis di Twitter dan meminta sekali lagi Jerman supaya berunding semula syarat-syarat perdagangan rentas Atlantik dan menambah perbelanjaan pertahanannya.

    “Kami mempunyai defisit perdagangan yang besar dengan Jerman, serta mereka membayar jauh lebih kurang daripada sepatutnya ke atas NATO dan tentera,” tulis Trump, dalam gayanya yang tidak bersifat diplomatik. “Amat buruk untuk AS. Ia akan berubah.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda