Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Trump batal perhimpunan di Iowa

    WASHINGTON, 14 MEI – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah membatalkan perhimpunannya yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini di Iowa berikutan amaran puting beliung, lapor Sputnik.

    Demi keselamatan Patriots, kami telah diminta untuk menangguhkan atau membatalkan perhimpunan yang dijual hari ini,” kata Trump dalam rangkaian Truth Socialnya semalam, beberapa jam sebelum acara dijadual bermula.

    Trump berkata tarikh baharu perhimpunan akan diumumkan dalam masa terdekat.

    “Malangnya, disebabkan Amaran Tornado di Des Moines, kami terpaksa membatalkan Perhimpunan luar hari ini di Amfiteater Lauridsen. Nantikan, kami akan menjadualkan semula tarikhnya tidak lama lagi. Hati-hati semua!,” tulis Trump di Truth Social.

    Trump, pada hujung tahun lalu secara rasmi mengumumkan hasratnya untuk bertanding pada Pemilihan Presiden AS 2024 dan dalam kalangan calon Republikan, beliau kini dilihat mendahului tinjauan pendapat diikuti oleh Gabenor Florida, Ron DeSantis, yang belum melancarkan kempennya secara rasmi. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan bekas Presiden Donald Trump bercakap di estet Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -