Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump beri amaran ‘peluru berpandu’

    WASHINGTON, 12 April – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kelmarin mengeluarkan amaran bahawa ‘peluru berpandu akan dilancarkan’ bagi memberi respons kepada tuduhan serangan kimia di Syria sementara ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru kuasa dunia untuk berhenti berdepan dengan Rusia mengelakkan keadaan bertambah buruk.

    Dengan tindakan ketenteraan AS mungkin akan dilancarkan, Rusia bergelut untuk melencongkan dakwaan daripada sekutunya, Bashar al-Assad dan menurut kumpulan pemerhati, skuad tentera Syria telah mengosongkan bangunan-bangunan pertahanan utama di Damsyik.

    Kenyataan Trump yang berbaur peperangan muncul bagi memberi respons kepada amaran dari duta Rusia ke Beirut yang mengambil alih rangkaian televisyen, yang dikendalikan oleh kumpulan bersenjata Hezbollah, bagi mengisytiharkan bahawa mana-mana peluru berpandu AS akan ditembak jatuh termasuk beberapa sumber tembakan itu dilancarkan.

    Jika tindakan AS mengikut langkah serangan sebelum ini ke atas Syria tahun lepas, ia akan melancarkan peluru berpandu daripada kapal perang Amerika di lautan Mediterranean apabila Trump memberi petanda apabila membuat kenyataan bahawa ia akan ‘kemas, baharu dan mantap.’

    Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis termasuk pengarah CIA, Mike Pompeo berganding bahu bagi membincangkan pilihan dan langkah untuk keluar daripada situasi ini di Rumah Putih kelmarin.

    Sarah Sanders bercakap kepada para wartawan semasa sidang media di Rumah Putih, Washington kelmarin. – AP

    “Pasukan keselamatan kebangsaan presiden telah bertemu hari ini. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh naib presiden bagi membincangkan beberapa pilihan,” menurut jurucakap Rumah Putih, Sarah Sanders.

    Selepas Majlis Keselamatan PBB gagal untuk mencari jalan penyelesaian diplomatik, Setiausaha Jeneral Antonio Guterres memberi amaran kelmarin bahawa masa sudah semakin suntuk.

    “Hari ini, saya menghubungi duta-duta daripada lima ahli tetap Majlis Keselamatan bagi mengulangi rasa kebimbangan mengenai risiko kebuntuan dan ketegangan bagi mengelakkan situasi ini semakin buruk,” katanya, merujuk kepada AS, Rusia, China, Perancis dan Britain.

    Moscow dan Washington setakat ini telah menggunakan kuasa veto bagi cadangan untuk penyiasatan antarabangsa mengenai penggunaan senjata kimia.

    Pencabar tindakan AS menyeru untuk mengadakan mesyuarat kecemasan tertutup hari ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda