Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump beri isyarat sekatan baharu terhadap Rusia

    LOS ANGELES, 9 JULAI – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kelmarin berkata beliau meluluskan penghantaran senjata tambahan ke Ukraine dan sedang mempertimbangkan sekatan baharu terhadap Rusia, lapor Xinhua.

    “Kita akan menghantar beberapa senjata pertahanan ke Ukraine dan saya telah meluluskannya,” kata Trump semasa mesyuarat Kabinet di Rumah Putih.

    Trump turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Presiden Rusia Vladimir Putin.

    “Saya tidak berpuas hati dengan Putin, itu saya boleh nyatakan sekarang,” katanya sambil sambil menyatakan bahawa beribu-ribu askar Rusia dan Ukraine telah terkorban.

    Trump berkata beliau sedang mempertimbangkan sama ada akan menyokong rang undang-undang dwipartisan di Senat yang bertujuan mengenakan sekatan menyeluruh terhadap Rusia. – Bernama

    Donald Trump (kanan) berbual dengan Vladimir Putin semasa Sidang Kemuncak G20 di Hamburg, Jerman pada Julai 2017. Mereka berdua dijangka berbincang mengenai isu Ukraine. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda