Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump bermain ‘api’

    WASHINGTON, 23 Okt – Presiden Donald Trump berkata semalam Amerika Syarikat (AS) bersedia menambah gudang senjata nuklearnya selepas mengumumkan ia akan meninggalkan perjanjian nuklear era Perang Dingin, tatkala Rusia mengingatkan penarikan diri mungkin melumpuh keselamatan global.

    Trump mencetuskan kebimbangan dunia pada hujung minggu dengan berkata beliau mahu meninggalkan Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (INF) yang ditandatangani oleh bekas presiden AS, Ronald Reagan dan Mikhail Gorbachev, pemimpin terakhir Soviet.

    Dalam menjelaskan keputusan beliau, Trump memberitahu wartawan di Washington bahawa Rusia belum mematuhi semangat perjanjian tersebut ataupun perjanjian itu sendiri.

    “Sehingga orang mempunyai pertimbangan yang waras, kami akan menambahnya,” kata beliau, merujuk kepada simpanan stok nuklear Amerika. “Ia sepatutnya dilakukan beberapa tahun lalu.

    “Ia merupakan ancaman kepada sesiapa yang anda mahu. Dan ia termasuk China. Dan ia termasuk Rusia,” tambah presiden AS. “Dan ia termasuk sesiapa sahaja yang mahu bermain permainan tersebut,” tegas Trump. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda