Selasa, Julai 29, 2025
33 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump bermain golf di Scotland, penyokong laung ‘jangan percaya Starmer’

    LONDON, 28 JULAI – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump muncul di padang golf miliknya di Turnberry, Scotland kelmarin dan disambut penyokong yang menggesa beliau dengan laungan ‘jangan percaya Starmer’, lapor PA Media/dpa.

    Pemimpin Republikan itu tiba kira-kira pukul 11 pagi di padang golf berhadapan pantai di Ayrshire dan bermain golf bersama anak lelakinya, Eric.

    Pasukan polis dilihat berkawal di kawasan padang golf itu sementara beberapa kenalan Trump bermain lebih awal sebelum ketibaan konvoi besar kenderaan bugi kira-kira pukul 10:40 pagi.

    Trump yang memakai topi besbol putih bertulis ‘USA’ sempat melambai ke arah wartawan yang menjerit mengajukan soalan ketika beliau memulakan permainan.

    Sekumpulan kecil penyokong turut berdiri di kawasan berpasir berhampiran, membawa pelekat bertulis ‘jangan percaya Starmer’ dan melaungkan ‘Kami sayang awda, Trump’.

    Presiden Donald Trump memandu kereta golf di padang golf Trump Turnberry di Turnberry, Scotland pada 26 Julai. – AP

    Tiga penyokong dilihat membawa pelekat tulisan tangan yang tertera ‘Presiden Trump, jangan percaya Starmer’ disertai kata-kata eksplisit terhadap Perdana Menteri United Kingdom (UK) itu. Ia dipegang bersama oleh seorang lelaki berpakaian serba hitam dan bertopi besbol Adidas.

    Seorang wanita yang turut memegang sepanduk itu memakai topi besbol merah bertulis ‘Make America Great Again’ lengkap dengan rambut palsu.

    Seorang lagi wanita mengenakan jaket bercorak bunga, mengibarkan bendera AS dan memakai topi besbol bertulis ‘Make England Great Again’ sambil membawa plak kecil yang turut mengandungi kata eksplisit terhadap Starmer.

    Seorang penyokong wanita kedengaran berulang kali menjerit ‘Kami sayang anda Trump’ dan ‘terima kasih’. Individu lain pula melaungkan ‘Trump, Trump, Trump, Trump’.

    Sorakan kedengaran sejurus Trump membuat pukulan dan beliau kelihatan membalas laungan penyokongnya walaupun ucapannya tidak jelas didengari. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda