WASHINGTON, 2 Mei – Presiden Donald Trump membuka ruang bagi rundingan akan datang dengan Kim Jong-Un dari Korea Utara, dengan memberikan pujian kepada pemimpin yang disisihkan di seluruh dunia itu pada ketika meningkatnya ketegangan nuklear.
Meskipun Rumah Putih tidak memandang serius prospek tempoh dekat bagi mesyuarat seumpama itu, ulasan Trump yang menenteramkan semalam itu menandakan pengunduran dari nada beliau yang tidak mudah memaafkan terhadap Korea Utara dalam minggu-minggu kebelakangan.
Itu menandakan keadaan berubah-ubah yang terkini ketika pentadbiran Trump berusaha menyatakan dengan jelas dasarnya menangani ancaman meningkat dari program nuklear Korea Utara.
“Jika adalah wajar bagi saya untuk menemuinya, sudah pasti saya akan berbuat demikian, saya akan berbesar hati untuk melakukannya,” Trump memberitahu Bloomberg News.
Dengan jelas menyedari akan kuasa deklarasinya, Trump menambah kata “Kami ada berita terbaru.”
Apabila menjadi calon presiden, Trump pernah mengatakan beliau terbuka untuk menemui Kim, tetapi tidak mengulangi perkataan itu sejak menjadi Presiden.
Ujian baru peluru berpandu oleh Korea Utara dan kemajuannya ke arah memajukan senjata nuklear yang mampu sampai ke AS telah menjadikan kepimpinan diktator komunis terasing itu salah satu kebimbangan keselamatan negara utama Amerika.
Dengan menganggap ‘kesabaran strategik’ Presiden Barack Obama dengan Korea Utara sepenuhnya gagal, Trump dan para penolongnya mengatakan mereka mengambil pendekatan lebih agresif pada ketika amaran kemungkinan konfrontasi ketenteraan jika Korea Utara tidak mengubah haluan.
AS, telah malah menambah kemungkinan serangan terlebih dahulu jika Pyongyang melancarkan satu lagi ujian nuklear.
Namun pada masa lain, pentadbiran Trump pula menghulurkan tawaran. – AP