Tuesday, December 24, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump cadang keluarkan vape berperisa dari pasaran

    PALM BEACH, 1 JAN – Presiden Donald Trump (gambar bawah) berkata kerajaan persekutuan tidak lama lagi akan mengumumkan strategi baharu untuk menangani vaping dalam golongan bawah umur, berjanji “Kita akan melindungi keluarga kita, kita akan melindungi anak-anak kita dan akan melindungi industri ini.”

    Trump tidak berapa mengenai pelan tersebut, tetapi mencadangkan ‘perisa tertentu’ dalam e-rokok berasaskan katrij akan dikeluarkan dari pasaran untuk tempoh masa.

    Wall Street Journal (WSJ) melaporkan, kelmarin bahawa Pentadbiran Makanan dan Dadah akan mengharamkan penjualan e-rokok, seperti yang dijual oleh Juul dan NJOY. E-rokok yang dirumuskan kepada rasa seperti tembakau atau mentol masih akan dibenarkan.

    WSJ juga melaporkan sistem vape berasaskan tangki, yang kurang popular dalam kalangan remaja, masih membenarkan pengguna untuk mencampurkan perisa, memetik orang yang tidak dikenali namun amat mengetahui mengenai perkara itu.

    Pada September, Trump dan pegawai kesihatannya berkata mereka tidak lama lagi akan mengharamkan hampir semua e-rokok berperisa daripada pasaran kerana ia merupakan tarikan kepada kanak-kanak dan remaja.

    Tetapi usaha itu terhenti selepas pelobi vape menolak dan penasihat Rumah Putih memberitahu Trump bahawa larangan itu boleh mengakibatkan beliau kehilangan undi orang dewasa yang menggunakan Vape. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda