Thursday, February 27, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump cadang visa kad emas US$5 juta untuk imigran kaya

    WASHINGTON, 26 FEB – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin, mengumumkan rancangan untuk program visa baharu yang menawarkan hak pemastautin tetap di negara itu dengan bayaran AS$5 juta, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Bercakap di Rumah Putih, Trump berkata visa yang dikenali sebagai ‘kad emas’ itu bertujuan menarik golongan kaya yang boleh menyumbang kepada ekonomi.

    “Orang kaya akan datang ke negara kita dengan membeli kad ini,” katanya. “Mereka akan kaya dan berjaya, serta akan membelanjakan banyak wang, membayar banyak cukai dan menyediakan banyak peluang pekerjaan.”

    Ketika ditanya sama ada pemerintah kecil Rusia juga boleh memohon visa itu, Trump menjawab, “Ia mungkin,” sambil menambah bahawa beliau boleh membayangkan oligarki merupakan antara mereka yang berminat. “Saya rasa mereka mampu membayar AS$5 juta,” katanya.

    Trump berkata program itu dijangka bermula dalam tempoh kira-kira dua minggu. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda