Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump dedah ‘kumpulan kaya’ rancang beli TikTok

    ISTANBUL, 30 JUN – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendedahkan bahawa sekumpulan individu kaya merancang untuk membeli aplikasi TikTok, namun urus niaga itu memerlukan kelulusan kerajaan China, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    “Kita sudah ada pembeli untuk TikTok, sebenarnya.  Saya rasa saya mungkin perlukan kelulusan daripada China. 

    “Saya fikir Presiden China, Xi Jinping mungkin akan meluluskannya,” kata Trump dalam satu wawancara bersama Fox News yang disiarkan kelmarin.

    Trump menyifatkan pembeli berpotensi itu sebagai, “orang-orang yang sangat kaya” yang membentuk satu kumpulan, namun tidak menjelaskan sama ada syarikat teknologi utama turut terlibat.

    Beliau memaklumkan akan mendedahkan butiran lanjut, “dalam tempoh kira-kira dua minggu.”

    Kongres AS sebelum ini meluluskan undang-undang dwipartisan pada 2024 yang mengarahkan ByteDance, syarikat induk TikTok berpangkalan di China untuk menghentikan operasi di AS atau berdepan larangan sepenuhnya atas kebimbangan keselamatan negara terhadap kemungkinan perkongsian data dengan Beijing. – Bernama/Anadolu  

    Presiden Donald Trump semasa sidang media di Pejabat Oval, Washington pada 27 Jun. TikTok bakal dibeli sekumpulan orang kaya AS, menurutnya. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda