Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump didakwa bayar pelakon filem lucah

    WASHINGTON, 31 MAC – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kelmarin didakwa berhubung penglibatannya dalam kes membuat sejumlah bayaran kepada seorang pelakon filem ‘lucah’ , lapor agensi berita Xinhua.

    Perkara itu turut disahkan oleh peguam Trump, Joe Tacopina dan Susan Necheles menerusi satu kenyataan.

    “Presiden Trump didakwa. Dia tidak melakukan apa-apa jenayah. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh menentang pendakwaan politik ini di mahkamah,” menurut kenyataan itu.

    Trump, 76, dikatakan bekas presiden AS pertama dalam sejarah Amerika yang didakwa atas tuduhan jenayah yang masih belum didedahkan.

    Tuduhan ke atasnya belum diumumkan pada masa ini, menurut CNN, memetik sumber. Pejabat Peguam Daerah Manhattan Alvin Bragg dilaporkan akan menghubungi peguam Trump berhubung kes itu.

    Bragg dan pembantunya telah menyiasat dakwaan yang mengatakan Trump ada membayar sebanyak AS$130,000 kepada pelakon ‘lucah’ itu menjelang pilihan raya presiden 2016.

    Bayaran itu bertujuan untuk menghalang pelakon daripada mendedahkan kepada umum tentang dakwaan hubungan seksualnya dengan Trump pada 2006. – Bernama

    Pegawai polis New York mengawal di luar pejabat Peguam Daerah Manhattan di Bandar New York kelmarin. Juri New York telah mengundi untuk mendakwa Donald Trump berhubung bayaran wang kepada seorang pelakon ‘lucah’ sebelum pilihan raya 2016. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda