Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump didenda AS$355 juta, dilarang kendali syarikat

    NEW YORK, 18 FEB – Seorang hakim New York mengarahkan Donald Trump membayar AS$355 juta atas dakwaan penipuan dan melarangnya daripada mengendalikan syarikat di negeri itu selama tiga tahun baru-baru ini, memberikan tamparan hebat kepada empayar perniagaan dan kedudukan kewangannya.

    Trump hampir pasti menjadi calon presiden Republikan menjelang pemilihan November ini, didapati bertanggungjawab kerana mengembangkan kekayaannya secara tidak sah dan memanipulasi nilai hartanah untuk mendapatkan pinjaman bank atau terma insurans yang menguntungkan.

    Trump menuduh Presiden Joe Biden mengetuai kes itu, menyifatkannya sebagai ‘satu senjata terhadap lawan politik yang semakin meningkat dalam pilihan raya”, dan berikrar untuk merayu.

    Memandangkan kes itu bersifat sivil, bukan jenayah, tiada ancaman beliau akan dipenjata.

    Namun Trump berkata sebelum keputusan bahawa larangan menjalankan perniagaan di negeri New York adalah sama seperti hukuman mati korporat bagi dirinya.

    Trump, yang menghadapi 91 pertuduhan jenayah dalam kes lain, telah mengambil kesempatan daripada masalah undang-undangnya untuk menaikkan semangat penyokong dan mengecam calon lawannya, Biden, dengan mendakwa kes mahkamah ‘hanya bertujuan menjejaskan peluangnya dalam pemilihan presiden.’

    Bagaimanapun, Hakim Arthur Engoron berkata hukuman yang dikenakan adalah wajar berdasarkan tingkah laku Trump.

    “Mereka dituduh membesarkan nilai aset untuk mendapatkan lebih banyak wang… Donald Trump bukan Bernard Madoff. Namun, defendan gagal mengakui kesilapan mereka,” tambahnya, merujuk kepada skim Ponzi besar-besaran.

    Anak lelaki Trump, Eric dan Donald Trump Jr juga didapati bertanggungjawab dalam kes itu dan diarah membayar lebih AS$4 juta setiap seorang, sekali gus mendorong Don Jr mendakwa di media sosial bahawa ‘pengaruh politik’ telah menentukan keputusannya. – AFP

    Donald Trump memberi isyarat kepada orang ramai di Sneaker Con Philadelphia, acara yang popular di kalangan pengumpul kasut, di Philadelphia pada 17 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda