Monday, March 31, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump dijangka henti biaya vaksin global Gavi

    ISTANBUL, 28 MAC – Pentadbiran Trump dijangka menghentikan pembiayaan Amerika Syarikat (AS) untuk Gavi, inisiatif vaksin global, dan mengurangkan usaha membasmi malaria, menurut dokumen yang diperoleh The New York Times pada Rabu.

    Laporan itu menyatakan bahawa hamparan setebal 281 muka surat dari Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID), yang dihantar kepada Kongres pada malam Isnin, menggariskan pemotongan dalam program bantuan luar negara, lapor Anadolu Ajansi.

    Pelan tersebut termasuk menghentikan lebih 5,000 program, sementara hanya kira-kira 900 program akan diteruskan, dengan pengurangan mendadak dalam belanjawan keseluruhan.

    Gavi, yang menyediakan vaksin untuk kanak-kanak di negara membangun, akan kehilangan sokongan sebanyak AS$2.6 bilion.

    Pakar memberi amaran bahawa ini akan menyebabkan 75 juta kanak-kanak akan terlepas vaksinasi dalam tempoh lima tahun dan 1.2 juta kematian.

    AS telah menjadi penderma utama kepada Gavi, menyumbang 13 peratus daripada bajetnya. Pemotongan ini juga akan memberi kesan kepada program kawalan malaria di negara seperti Cameroon dan Tanzania.

    Menurut The New York Times, pentadbiran tersebut telah memutuskan untuk meneruskan pemberian dana untuk ubat-ubatan merawat HIV dan tuberkulosis, serta bantuan makanan untuk negara yang terjejas oleh perang saudara dan bencana alam. – Bernama/Anadolu

    Pegawai kesihatan sedang menyiapkan suntikan vaksin malaria di perkampungan Malawi, Tomali pada 2019. Pembiayaan vaksin dari AS mungkin dihentikan. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda