Friday, September 20, 2024
34.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump dikekalkan undian utama 2024

    CHICAGO, 28 DIS – Mahkamah Agung Michigan, Amerika Syarikat (AS) hari ini menolak rayuan untuk mengeluarkan bekas presiden Donald Trump daripada pengundian negeri untuk pilihan raya 2024 berdasarkan klausa perundangan 14th Amendment, lapor Xinhua.

    Mahkamah Tinggi Michigan dalam penghakiman ringkas berkata hakim-hakim ‘tidak diyakinkan bahawa persoalan yang dikemukakan harus disemak oleh mahkamah itu’.

    Keputusan itu berbeza dengan penghakiman dibuat oleh Mahkamah Agung Colorado pada 19 Disember untuk mengeluarkan nama Trump daripada kertas undi pilihan raya.

    Mahkamah rendah di Michigan pada awalnya menolak kes itu. Mahkamah rayuan mengekalkan keputusan itu dan mahkamah tinggi mengekalkan keputusan kedua-dua mahkamah rendah.

    Trump yang menyambut baik keputusan mahkamah berkata, “Mahkamah Agung Michigan dengan tegas dan dengan betul menolak usaha Parti Demokrat yang terdesak untuk mengeluarkan calon utama pilihan raya presiden 2024, iaitu saya, daripada kertas undi di negeri Michigan.”

    Mark Brewer, yang mewakili empat plaintif dalam kes itu dan bekas pengerusi Parti Demokrat Michigan berkata anak guamnya akan menyemak semula isu berkenaan jika Trump perlu memenangi pencalonan Republikan.

    Pusingan pemilihan awal presiden Michigan akan berlangsung pada 27 Februari. – Bernama

    Bekas Presiden Donald Trump mendengar ketika beliau bercakap dengan wartawan selepas berkempen di Lapangan Terbang Serantau Waco, Texas pada 25 Mac 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda