Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump disabit laku pencabulan seksual

    NEW YORK, 10 MEI – Juri di New York mendapati Donald Trump bersalah melakukan pencabulan seksual dan memfitnah seorang bekas wartawan majalah di Amerika Syarikat (AS).

    Bekas presiden AS itu diarahkan membayar ganti rugi AS$5 juta kepada wanita berkenaan, E Jean Carroll, tetapi sembilan juri bagaimanapun menolak dakwaannya bahawa dia dirogol Trump.

    Ia sekali gus menyaksikan Trump pertama kali berdepan hukuman undang-undang berhubung beberapa siri dakwaan serangan seksual sejak beberapa dekad lalu dan bekas pemimpin itu pantas menolak keputusan itu sebagai ‘memalukan’.

    Carroll, 79, menyaman Trump tahun lalu, dengan mendakwa lelaki itu merogolnya di bilik persalinan butik mewah Bergdorf Goodman di Fifth Avenue, Manhattan, pada 1996.

    Trump, 76, pendahulu untuk pencalonan Parti Republikan dalam pilihan raya presiden tahun depan, menyifatkan kesnya sebagai tuduhan ‘palsu’ dan ‘pembohongan’.

    Juri memutuskan bahawa Carroll membuktikan pencabulan seksual iaitu hubungan seksual tanpa persetujuan, dengan bukti sahih, dan menganugerahkan AS$2 juta kepadanya.

    Enam juri lelaki dan tiga juri wanita juga berkata Trump harus membayar Carroll hampir AS$3 juta untuk fitnah.

    Berikutan keputusan itu, Carroll meninggalkan Mahkamah Persekutuan di Manhattan sambil tersenyum, tetapi tidak bercakap dengan wartawan. – AFP

    E Jean Carroll (tengah) berjalan keluar dari mahkamah persekutuan Manhattan di New York pada 9 Mei 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda