WASHINGTON, 13 OKT – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump disahkan negatif COVID-19 untuk ‘dua hari berturut-turut,’ kata doktor Rumah Putih Sean Conley semalam, lapor agensi Anadolu.
“Sebagai tindak balas terhadap pertanyaan anda mengenai ujian COVID-19 terbaharu Presiden, saya boleh memberitahu anda bahawa beliau telah diuji NEGATIF, untuk dua hari berturut-turut, menggunakan kad antigen Abbott BinaxNOW,” kata Conley dalam satu kenyataan.
Perkembangan itu diumumkan ketika Trump akan mengadakan kempen pada malam Isnin di Florida. – Bernama