ATLANTA, 25 OGOS – Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah ditahan di penjara Georgia kelmarin atas tuduhan melakukan kegiatan haram dan bersubahat sebelum dibebaskan dengan ikat jamin AS$200,000 selepas gambar mukanya diambil.
Trump, yang dituduh bersubahat dengan 18 defendan lain untuk membatalkan keputusan pilihan raya 2020 di negeri selatan itu, menghabiskan masa kurang 30 minit di dalam Penjara Fulton County Atlanta sebelum bertolak ke lapangan terbang.
Seperti defendan-defenden lain dalam kes tersebut yang telah menyerah diri setakat ini, Trump yang berusia 77 tahun telah mengambil gambar muka semasa proses daftar masuk, yang pertama dalam sejarah untuk mana-mana presiden AS yang masih berkhidmat atau yang pernah berkhidmat.
Dalam gambar yang dikeluarkan oleh pejabat syerif, beliau memandang kamera dengan marah dengan memakai sut biru gelap, kemeja putih dan tali leher merah.
Bercakap kepada pemberita selepas penahanannya, Trump, yang mendahului senarai pencalonan presiden Republikan 2024, berkata ia adalah ‘hari yang amat menyedihkan bagi Amerika.’
“Apa yang berlaku di sini adalah satu penghinaan terhadap keadilan,” katanya. “Saya tak buat apa-apa kesalahan.” – AFP


