WASHINGTON, 16 Mei – Presiden AS Donald Trump berdepan tuduhan bahawa beliau telah mendedahkan rahsia besar risikan, kepada para diplomat Rusia di Oval Office, satu dakwaan yang Rumah Putih sedaya upaya mematahkannya semalam.
Washington Post melaporkan Trump telah mendedahkan maklumat sangat rahsia tentang kumpulan Islam IS pada mesyuarat minggu lalu bersama Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov dan lelaki Moscow di Washington, Sergey Kislyak.
Dalam perkembangan mengejutkan, risikan itu dilaporkan datangnya dari seorang sekutu AS yang tidak membenarkan Washington untuk mengongsikannya dengan Moscow. Perkembangan itu yang boleh memusnahkan kepercayaan yang penting bagi perisikan dan kerjasama cegah pengganasan.
Penasihat Keselamatan Negara HR McMaster menafikan presiden telah mendedahkan ‘’sumber atau kaedah risikan’ tetapi mengakui bahawa Trump dan Lavrov ‘telah meneliti semula pelbagai ancaman biasa ke atas kedua-dua negara kami, yang termasuklah ancaman terhadap penerbangan awam.”

The Post, dengan merujuk kepada pegawai-pegawai yang tidak didedahkan identiti mereka melaporkan bahawa Trump tidak mengendahkan ketika dalam satu mesyuarat dengan menggambarkan tentang butiran tentang ancaman ganas IS berkaitan dengan penggunaan komputer riba di dalam kapal terbang, dengan mendedahkan bandar tempat maklumat itu diperolehi.
Pentadbiran Trump baru-baru ini telah menegah penggunaan komputer riba dalam kabin penumpang dari beberapa buah negara di Timur Tengah dan sedang memikirkan untuk meluaskan tegahan itu ke atas kapal terbang dari Eropah.
“Presiden begitu mengambil serius akan keselamatan rakyat Amerika. Kisah ini muncul malam ini seperti yang dilaporkan adalah palsu,” McMaster berkata tanpa mengulas lebih lanjut tentang elemen mana yang salah. – AFP