Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan

    NEW YORK, 3 FEB – Presiden AS, Donald Trump, mengumumkan bahawa beliau akan menghentikan semua pembiayaan masa depan kepada Afrika Selatan kerana ‘merampas’ tanah dan ‘melayan golongan tertentu dengan sangat buruk’, satu tuduhan yang dinafikan oleh rakan sejawatannya dari Afrika Selatan, hari ini.

    Isu tanah di Afrika Selatan telah lama menjadi topik yang memecahbelahkan, dengan usaha untuk membetulkan ketidakseimbangan sejak pemerintahan kulit putih mendapat kritikan daripada golongan konservatif, termasuk Elon Musk, individu terkaya di dunia yang berasal dari Afrika Selatan dan penasihat berpengaruh kepada Trump.

    Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, bulan lalu telah menandatangani rang undang-undang yang menetapkan bahawa kerajaan boleh, dalam keadaan tertentu, menawarkan ‘pampasan sifar’ untuk harta yang diputuskan untuk diambil bagi kepentingan awam.

    “Afrika Selatan sedang merampas tanah dan melayan golongan tertentu dengan sangat teruk,” tulis Trump, kelmarin di platform Truth Social miliknya.

    “Saya akan menghentikan semua pembiayaan masa depan kepada Afrika Selatan sehingga siasatan penuh mengenai situasi ini selesai!” tambahnya.

    Pretoria menegaskan bahawa rang undang-undang itu tidak membenarkan kerajaan merampas harta secara sewenang-wenangnya dan mesti terlebih dahulu berusaha mencapai persetujuan dengan pemiliknya.

    Namun, sesetengah pihak bimbang keadaan mungkin menjadi seperti rampasan tanah milik peladang kulit putih oleh kerajaan Zimbabwe selepas kemerdekaan pada tahun 1980, yang sering dilakukan tanpa pampasan.

    Kemudian, dalam satu taklimat bersama wartawan, Trump berkata bahawa kepimpinan Afrika Selatan “melakukan perkara-perkara yang mengerikan, perkara yang dahsyat,” tanpa memberikan contoh khusus.

    “Jadi perkara itu sedang disiasat sekarang. Kami akan membuat keputusan dan sehingga kami mengetahui apa yang dilakukan oleh Afrika Selatan – mereka mengambil dan merampas tanah dan sebenarnya mereka melakukan perkara yang mungkin lebih buruk daripada itu.” – AFP

    Donald Trump bercakap kepada wartawan di sebelah Air Force One selepas tiba semula di Pangkalan Bersama Andrews, Maryland, pada 2 Februari. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Brazil anggap penarikan balik tarif AS sebagai ‘kemajuan signifikan’

    SAO PAULO, 23 NOV - Naib Presiden Brazil, Geraldo...

    AS desak perpecahan perniagaan iklan Google

    WASHINGTON, 23 NOV - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada...

    Sidang kemuncak G20 seru perkukuh multilateralisme

    JOHANNESBURG, 23 NOV - Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20)...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...