Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump ingin jalin hubungan mesra dengan Filipina

    MANILA, Filipina, 30 April – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah menghubungi pemimpin Filipina Rodrigo Duterte dan melahirkan komitmen Washington pada perjanjian perikatan mereka dan minat beliau dalam menjalin ‘hubungan kerja dan mesra’ menurut seorang pegawai Filipina hari ini.

    Jurucakap Presiden Ernie Abella berkata Trump menyebutkan beliau ingin sekali melawat Filipina pada November ini untuk menghadiri sidang mesyuarat Asia Timur yang akan diadakan oleh Duterte bersama beberapa pemimpin dunia dan Trump telah menjemput Duterte untuk berkunjung ke Rumah Putih.

    “Rundingan yang berjalan antara kedua-dua presiden adalah mesra, dengan Persiden Trump melahirkan kefahaman dan penghargaan beliau akan cabaran yang dihadapi presiden Filipina, terutamanya berhubung dadah berbahaya,” Abella berkata dalam satu kenyataan.

    Tidak ada reaksi segera dari para pegawai Rumah Putih tentang gambaran Abella tentang perbualan melalui telefon lewat semalam antara kedua-dua pemimpin itu.

    Kenyataan Abella memperlihatkan sikap ramah Duterte dengan Trump bertentangan dengan pendirian beliau terhadap Presiden Barack Obama yang pernah beliau katakan ‘pergi jahanam’ kerana mengkritik tindakan berdarah antidadah presiden Filipina. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda