WASHINGTON, 30 April – Presiden AS Donald Trump semalam menjemput rakan sejawatannya dari Filipina, Rodrigo Duterte ke Washington dalam kunjungan ‘mesra’ yang mana kedua-dua pemimpin membincangkan ‘ancaman’ Korea Utara, menurut Rumah Putih. Pengumuman dibuat di tengah ketegangan meningkat berhubung program peluru berpandu dan nuklear Pyongyang ekoran uji tembak terkininya dan juga kritikan antarabangsa terhadap tindakan