TOKYO, 6 Nov – Masa bagi ‘kesabaran strategik’ dengan Korea Utara telah berakhir, Presiden AS Donald Trump hari ini memberi amaran, selepas mendapat sokongan Jepun bagi dasarnya yang menimbangkan semua pilihan untuk mengekang negara komunis itu.
Pada hari kedua lawatan Asia beliau yang didominasi oleh krisis, Trump menyifatkan program nuklear Korea Utara sebagai ‘ancaman kepada dunia bertamadun dan keamanan dan kestabilan antarabangsa’.
Presiden telah membayangkan pada masa lalu bahawa Washington mungkin melihat di luar penyelesaian diplomatik kepada cita-cita senjata nuklear Korea Utara dan menimbangkan campur tangan ketenteraan.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)