Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump kesal pemilihan peguam negara

    WASHINGTON, 20 Julai – Donald Trump semalam berkata dia menyesal dengan pemilihan peguam negara ketika beliau cuba melindungi dirinya sendiri dari kegemparan menjadi-jadi berhubung dakwaan Rusia campur tangan dalam pilihan raya yang menyelubungi jawatan yang dipegangnya itu.

    Sebelum tempoh enam bulan perlantikan rasmi Trump, para senator pada minggu depan akan menyoal tiga orang pihak berperanan utama dalam kempen Trump – termasuklah anak sulung lelaki Trump – berhubung dakwaan pakatan sulit kempen presiden dengan Rusia.

    Pengumuman dibuat ketika pentadbiran Trump dan Kremlin cuba mengekang kegemparan tentang pertemuan yang sebelum ini telah didedahkan antara Trump dan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin ketika sidang mesyuarat G20 bulan ini.

    Trump ketika bercakap sambil disaksikan oleh Peguam Negara AS Jeff di Pejabat Oval di Rumah Putih di Washington, DC, pada Februari 2017. Trump semalam berkata dia menyesal dengan pemilihan peguam negara ketika beliau cuba melindungi dirinya sendiri dari kegemparan menjadi-jadi berhubung dakwaan Rusia campur tangan dalam pilihan raya. – AFP
    Trump ketika bercakap sambil disaksikan oleh Peguam Negara AS Jeff di Pejabat Oval di Rumah Putih di Washington, DC, pada Februari 2017. Trump semalam berkata dia menyesal dengan pemilihan peguam negara ketika beliau cuba melindungi dirinya sendiri dari kegemparan menjadi-jadi berhubung dakwaan Rusia campur tangan dalam pilihan raya. – AFP

    Peguam Negara Jeff Sessions adalah salah seorang dari ahli politik kanan Republikan yang menyokong Trump sebelum pilihan raya November lalu dan diberi ganjaran dengan dilantik sebagai pegawai tinggi penguat kuasa Amerika. Namun dia berundur pada Mac lalu kerana mengawasi penyiasatan yang diketuai FBI ke atas sama ada anggota-anggota pasukan Trump telah berpakat sulit dengan Moscow ketika kempen pilihan raya selepas diketahui bahawa sesi tidak didedahkan bahawa Sessions pada sesi dengar pengesahan Senatnya, tidak mendedahkan bahawa dia telah telah sebanyak dua kali menemui duta Rusia ke Washington.

    Dalam temu bual dengan New York Times, Trump berkata Sessions telah secara tidak adil bertindak dalam mengambil jawatan itu pada mulanya jika dia merasa curiga. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda