Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump, Kim bersemuka

    HANOI, 27 Feb – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berjabat tangan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un bagi memulakan sidang kemuncak kedua hari ini dan berkata Korea Utara akan menikmati masa depan yang hebat jika mereka menghentikan senjata nuklear.

    Trump menjangkakan sidang kemuncak yang ‘paling berjaya’ tatkala kedua-dua pemimpin itu akan mengadakan makan malam di hotel Sofitel Legend Metropole di Hanoi bagi meneruskan agenda pada mesyuarat awal di Singapura pada Jun tahun lalu.

    Dalam ucapan ringkas sebelum perbincangan empat mata, Trump menekankan pandangannya bahawa Korea Utara memiliki potensi ekonomi yang besar.

    Bagi pihaknya, Kim berikrar untuk melakukan yang terbaik untuk mencapai keputusan yang akan diterima oleh semua orang.

    Kedua-dua pemimpin itu akan mengadakan rundingan empat mata selama 20 minit sebelum duduk di meja bula bersama para penasihat tertinggi. Rundingan itu dijangka akan diteruskan esok.

    Presiden Donald Trump berjabat tangan dengan Kim Jong Un sebelum mesyuarat di Hotel Sofitel Legend Metropole di Hanoi. – AFP

    Sementara itu, Trump percaya beliau akan mencipta sejarah dengan Korea Utara dan mendakwa perdana menteri Jepun telah mencalonkannya untuk Hadiah Nobel Keamanan.

    Matlamatnya adalah untuk menyakinkan Kim untuk menghapuskan senjata nuklear dan menyelesaikan kebuntuan dengan negara itu yang telah mengganggu para pemimpin AS sejak perang Korea tamat pada 1953.

    Untuk ke arah itu, Trump dikatakan akan mempertimbangkan tawaran pengisytiharan perdamaian rasmi meskipun ia bukan perjanjian yang rasmi bagi menghadkan perang yang secara teknikalnya belum selesai.

    Pada masa yang sama, Washington berdepan tekanan untuk menarik konsesi daripada Kim.

    Menurut Menteri Luar China, Wang Yi kelmarin menjelaskan bahawa mesyuarat di Hanoi itu berkemungkinan akan menjadi langkah penting menuju penghapusan nuklear di semenanjung Korea. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda