
HOUSTON, 29 Ogos – Donald Trump dijangka tiba di Texas hari ini, bertujuan untuk memperlihatkan perpaduan di tengah apa yang beliau sifatkan ‘tragedi dahsyat’ hujan yang membinasakan ekoran taufan gergasi Harvey.
Presiden AS dan isterinya Melania tidak dijangka melawat Houston, bandar keempat terbesar Amerika yang mana di situ pasukan-pasukan penyelamat berusaha untuk sampai kepada beratus-ratus orang yang terkandas ketika Harvey dijangka melanda lagi.
Sebaliknya, Presiden dan isterinya dijangka singgah di barat jauh, termasuklah Corpus Christi yang teruk terjejas, bagi mendengarkan penerangan ringkas tentang usaha bantuan ketika banjir yang membawa bencana melumpuhkan beberapa kawasan tenggara negeri besar itu.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn