Saturday, March 29, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump, Macron hadiri perarakan tentera

    PARIS, 14 Julai – Presiden Perancis Emmanuel Macron akan menghadiri perarakan tentera Hari Bastille pada hari ini bersama rakan sejawatan Amerika Donald Trump, sebelum menandakan ulang tahun pertama serangan keganasan di Nice.

    Perarakan di Champs-Elysees, Paris akan memperingati perayaan seratus tahun AS menyertai Perang Dunia Pertama dan akan memaparkan kuda, helikopter, kapal terbang dan tentera.

    “Ia adalah perayaan negara yang mengagumkan,” kata Trump ketika persidangan akhbar bersama dengan Macron semalam, menambah, “kami tidak sabar-sabar untuk menyaksikannya. Luar biasa.”

    “Kedua-dua negara kami selama-lamanya disatukan oleh semangat revolusi dan perjuangan untuk kebebasan,” tambah beliau.

    Trump dan Emmanuel serta isteri mereka semasa menghadiri acara perbarisan tentera di jalan Champs-Elysees di Paris pada 14 Julai 2017. – AFP
    Trump dan Emmanuel serta isteri mereka semasa menghadiri acara perbarisan tentera di jalan Champs-Elysees di Paris pada 14 Julai 2017. – AFP

    Macron akan menyampaikan ucapan singkat pada awal perarakan untuk membangkitkan semangat percutian negara walaupun ia berlaku serentak dengan ulang tahun serangan Nice, kata pejabat beliau.

    Perancis telah diletak di bawah keadaan darurat sejak November 2015, apabila 130 orang dibunuh dalam satu aliran keganasan di seluruh Paris, dengan penggubal undang-undang Perancis mengundi pada minggu lalu untuk melanjutkannya untuk kali keenam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda