Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Trump mahu bayar AS$2,000 kepada setiap rakyat AS

    WASHINGTON, 10 NOV – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata kerajaan akan membayar kebanyakan rakyat AS ‘dividen’ sekurang-kurangnya AS$2,000 setiap seorang, menurut hantaran beliau di platform Truth Social kelmarin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Beliau menjelaskan bahawa hanya rakyat berpendapatan tinggi akan dikecualikan, namun tidak menyatakan paras pendapatan atau tempoh pelaksanaan cadangan itu.

    Hantaran Trump dibuat hampir seminggu selepas Parti Demokrat mencatat kemenangan di beberapa pilihan raya tempatan dan negeri di seluruh negara, termasuk mengekalkan jawatan gabenor di New Jersey dan Virginia serta merampas kerusi Parti Republikan di suruhanjaya utiliti di Georgia, yang selama ini negeri dikuasai Republikan.

    Susulan  pilihan raya itu, beberapa pihak dalam parti Trump sendiri mengkritik beliau kerana dikatakan kurang memberi tumpuan kepada penyokong terasnya yang sebelum ini dijanjikan pengurangan kos sara hidup dalam kempen pilihan raya. Kadar inflasi AS kekal tinggi sekitar tiga peratus, menyebabkan ramai rakyat mengadu mengenai kenaikan harga barangan.

    Dalam hantaran sama, Trump memuji keadaan ekonomi AS dengan menyatakan bahawa hasil tarif perdagangan akan menjana ‘trilion dolar’ yang boleh digunakan untuk mula melangsaikan hutang negara yang besar.

    Trump turut menyifatkan AS sebagai, “negara terkaya dan paling dihormati di dunia”, sambil menegaskan, “hampir tiada inflasi dan pasaran saham mencatat rekod tertinggi.” Namun, ramai pengusaha perusahaan kecil di AS membantah dasar tarif itu dan sebahagiannya telah memfailkan saman terhadap kerajaan, dalam kes yang didengari Mahkamah Agung minggu lepas.

    Penganalisis turut menzahirkan kebimbangan mengenai kesan ledakan kecerdasan buatan (AI), termasuk risiko pemberhentian besar-besaran pekerja dan peningkatan kos tenaga elektrik. Di bandar besar seperti New York, kos perumahan yang tinggi juga menjadi isu utama.

    Trump sebelum ini pernah menimbulkan idea pembayaran berkenaan kepada rakyat AS beberapa bulan lepas, namun tidak meneruskannya pada ketika itu. – Bernama/dpa

    Donald Trump berjabat tangan dengan seorang peminat dalam satu perlawanan bola sepak di Stadium Northwest di Landover, Maryland kelmarin. Trump mahu bayar AS$2,000 kepada setiap rakyat AS – Gambar fail AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Rencana

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Berita Berkaitan

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Kejohanan Pencak Silat ASG14 buka tirai

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    KYOTO - Kawasan Omuro di Wad Ukyo, Kyoto, merupakan...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...