Thursday, February 13, 2025
30.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump mahu kurangkan tenaga kerja persekutuan

    WASHINGTON, 12 FEB – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kelmarin menandatangani perintah eksekutif bagi mempercepat pengurangan besar-besaran tenaga kerja persekutuan, lapor Xinhua.

    Menurut perintah itu, setiap agensi hanya dibenarkan mengambil seorang pekerja bagi setiap empat pekerja yang bersara atau menamatkan perkhidmatan.

    Bagaimanapun, dasar itu tidak terpakai ke atas pembekuan pengambilan pekerja di Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) dan dikecualikan bagi fungsi berkaitan keselamatan awam, penguatkuasaan imigresen serta penguatkuasaan undang-undang.

    “Semua pejabat yang melaksanakan fungsi yang tidak dimandatkan dalam peraturan atau undang-undang lain hendaklah diutamakan dalam RIF (pengurangan tenaga kerja) termasuk semua inisiatif agensi berkaitan kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI), semua inisiatif, komponen atau operasi agensi yang dihentikan oleh pentadbiran saya; serta semua komponen dan pekerja yang menjalankan fungsi tidak diwajibkan oleh undang-undang dan bukan tergolong sebagai kakitangan penting semasa kekangan peruntukan,” menurut perintah itu. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda