WASHINGTON, 18 MEI – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kelmarin meminta Rizab Persekutuan AS (Fed) supaya menurunkan kadar faedah ‘segera, bukan kemudian’, sambil mengkritik Pengerusi Fed, Jerome Powell kerana tidak bertindak, lapor Xinhua.
“Konsensus hampir semua orang adalah ‘Fed perlu potong kadar faedah segera, bukan kemudian,” kata Trump dalam hantaran di media sosial.
“Powell Terlambat, seorang lelaki yang terkenal kerana selalu terlambat, mungkin akan mensia-siakan peluang lagi. Tapi siapa tahu???” kata Trump.
Trump terus meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Powell, walaupun beliau berkata Pengerusi Fed itu akan terus kekal memegang jawatan, meskipun beliau percaya inflasi bukan lagi satu masalah.
Beliau mahu Powell lebih ‘proaktif’ dalam memotong kadar faedah. – Bernama
