Tuesday, April 8, 2025
24.2 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Trump: Modi jamin Kashmir terkawal

SRINAGAR, 26 OGOS – Presiden AS, Donald Trump hari ini mengatakan beliau tidak perlu membantu menjadi perantara Pakistan dan India atas ketegangan wilayah berti-kai Kashmir kerana Perdana Menteri India, Narendra Modi merasakan beliau dapat ‘meng-awal keadaan.’

Pada 5 Ogos, kerajaan nasionalis Hindu pimpinan Modi menarik balik status khas wilayah majoriti Islam itu, di mana beribu-ribu orang terbunuh dalam satu kebangkitan menentang pemerintahan India semenjak 1989, kebanyakannya orang awam.

Awal bulan ini, Trump mengatakan beliau sudah bersedia untuk campur tangan, namun dalam satu pertemuan dengan Modi di Sidang G7 di Perancis, Trump mengatakan ‘perdana menteri itu benar-benar merasakan bahawa beliau dapat mengawal keadaan.’ Trump menambah, kedua-dua mereka juga berbincang mengenai Kashmir dengan panjang lebar pada Ahad.

Perbincangan Trump-Modi berlaku ketika polis mengesahkan seorang pemandu trak maut selepas terkena batu yang dilontar penunjuk perasaan di Kashmir, ketika kawalan keselamatan yang melumpuhkan aktiviti di wilayah itu memasuki minggu keempat.

Dalam demonstrasi terbaharu semalam di wilayah Anantnag, penunjuk perasaan melontar batu ke arah sebuah trak yang disyaki milik pasukan tentera.

Polis berkata, pemandu trak berusia 42 tahun itu maut akibat cedera pada bahagian kepala. Agensi berita The Press Trust of India melaporkan, dua lelaki sudah ditahan susulan kejadian berkenaan. – AFP

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda