Wednesday, February 12, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump mulakan jelajah Asia

    TOKYO, 5 Nov – Bagi semua rancangan teliti lawatan Donald Trump ke Asia, satu soalan mungkin membelenggu para penasihat beliau: Bolehkah presiden terkenal suka mengikut gerak hati mengemudi protokol diplomatik dan kerumitan geopolitik yang tidak terduga dengan selama ini meneliti tabiat Twitter beliau?

    Rundingan perdagangan dan Korea Utara akan menjadi agenda utama Trump dalam lawatan memenatkan ke rantau itu, ketika Air Force One membawa beliau antara lima buah negara dalam tempoh 12 hari.

    Jadual padat akan menyaksikan presiden menghadiri sidang mesyuarat dengan ketua-ketua komunis, resepsi di Istana Maharaja Jepun dan sudah tentu – bermain golf.

    Namun hubungan baik peribadi beliau dengan pemimpin serantau mungkin untuk memastikan kejayaan atau kegagalan lawatannya, dengan akibat sejagat.

    Donald Trump dan isterinya ketika tiba di Pangkalan Udara Yokota di Fussa City, Jepun kelmarin. – AFP

    Trump menjalin hubungan sahabat dengan Shinzo Abe dari Jepun dan permulaan yang dingin dengan Xi telah berkembang menjadi hubungan hampir rapat dengan pemimpin China itu diberi pujian sebagai ‘kuat’ dan ‘begitu hebat’.

    Namun sambutan tidak pasti menanti di Korea Selatan yang dituduh oleh Trump menenteramkan ‘Lelaki Roket Korea Utara’ dan Filipina yang mana sebarang sebutan tentang hak asasi kemanusiaan mudah membuatkan Presiden Rodrigo Duterte seterusnya cenderung kepada Beijing.

    “Saya menjangka ini akan menjadi lawatan yang tidak mengikut kelaziman oleh presiden yang luar biasa” kata Ryan Hass, dari Brookings Institution, bekas penasihat keselamatan di bawah pentadbiran Obama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda