Wednesday, March 26, 2025
33.6 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Trump: Musk tidak harus diberi akses kepada rahsia AS

WASHINGTON, 23 MAC – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menegaskan bahawa Elon Musk tidak seharusnya diberi akses kepada rancangan sulit AS mengenai perang dengan China, mengakui buat pertama kali hubungan perniagaan jutawan itu berpotensi menimbulkan konflik kepentingan.

Trump menafikan laporan media yang mendakwa Musk, yang kini mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), akan menerima taklimat sulit Pentagon mengenai strategi peperangan.

Ketua Tesla dan SpaceX itu mempunyai kepentingan besar dalam industri pertahanan AS tetapi juga menjalankan perniagaan di China, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai pengaruhnya sebagai penasihat tidak rasmi Trump.

“Saya tidak mahu menunjukkannya kepada sesiapa. Ini berkaitan dengan potensi perang dengan China,” kata Trump kepada wartawan di Pejabat Oval.

“Elon mempunyai perniagaan di China dan mungkin terdedah kepada perkara itu.”

Trump, yang mengumumkan kontrak Boeing bagi pembinaan jet pejuang generasi baharu F-47, menyifatkan Musk sebagai seorang ‘patriot’ dan memuji usahanya dalam mengurangkan perbelanjaan kerajaan persekutuan, termasuk dalam sektor pertahanan.

Musk dilaporkan berada di Pentagon pada hari yang sama, namun Trump mengecam laporan New York Times yang mendakwa beliau akan menerima taklimat di sebuah bilik keselamatan khas dikenali sebagai ‘The Tank’ mengenai taktik maritim dan rancangan sasaran ketenteraan.

Menurut laporan, sesi taklimat itu dibatalkan selepas pendedahannya kepada umum. – AFP

Elon Musk dan Donald Trump berjabat tangan ketika menghadiri pertandingan gusti lelaki NCAA di Wells Fargo Center, Philadelphia, Pennsylvania, pada 22 Mac. – AFP
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda