WASHINGTON, 1 Jan – Presiden yang dilantik, Donald Trump semalam mengetepikan untuk mengadakan pertemuan dengan presiden Taiwan apabila presiden tersebut berkunjung ke AS bulan depan.
Trump membangkitkan kemarahan China dan dilihat menterbalikkan dasar AS berdekad lamanya bulan ini apabila menjawab panggilan tahniah dari Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen.
Tsai akan singgah di Houston pada 7-8 Januari ketika dia membuat perjalanan ke Amerika Tengah dan berhenti di San Francisco pada 13-14 Januari dalam perjalannya pulang.
Beijing meminta Washington untuk menghalang Tsai dari terbang menggunakan ruang udara AS.
Trump yang bercakap kepada para wartawan semalam di estet miliknya di Florida, ditanya jika dia akan membuat perjumpaan dengan Tsai jika dia berhenti di AS. Beliau akan menduduki pejabat pada 20 Januari.
“Berhenti di sini?,” kata Trump.
“Di AS atau di Palm Beach? Tidak seorang pun menyampaikannya kepada saya. Saya tidak akan bertemu dengan sesiapa pun sehingga selepas 20 Januari kerana ia tidak sesuai, dari keadaan protokol. Tetapi kita akan melihatnya nanti,” kata Trump. “Kita akan lihat.”– AFP