Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump naikkan tarif keluli, aluminium kepada 50 peratus

    WEST MIFFLIN, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan bahawa dia akan menggandakan tarif import ke atas keluli dan aluminium kepada 50 peratus bermula minggu hadapan, tindakan yang mencetuskan kemarahan Kesatuan Eropah (EU), sekali gus menjadi episod terbaharu dalam perang perdagangannya yang bertujuan melindungi industri tempatan.

    EU memberi amaran bahawa pihaknya ‘bersedia’ untuk bertindak balas terhadap tarif baharu tersebut, sambil menambah bahawa langkah mengejut itu ‘menjejaskan usaha AS.

    “Kita akan naikkan dari 25 peratus kepada 50 peratus, tarif ke atas keluli yang masuk ke AS,” kata Trump pada Jumaat ketika berucap kepada para pekerja di kilang US Steel di Pennsylvania.

    “Tiada siapa yang boleh mengelak daripada itu,” tambahnya dalam ucapan kepada pekerja berpendapatan sederhana di negeri medan pertempuran yang membantu kemenangan pilihan rayanya tahun lalu.

    Tidak lama selepas itu, Trump menulis dalam hantaran di Truth Social bahawa kadar tarif tersebut juga akan dikenakan ke atas aluminium, dengan kadar baharu itu akan ‘berkuat kuasa pada Rabu, 4 Jun’. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda