WASHINGTON, 21 Feb – Donald Trump hari ini telah memilih Leftenan Jeneral tentera yang disegani, H R McMaster sebagai penasihat keselamatan negara beliau, dengan mengharapkan laluan betul selepas pemilihan pertama beliau meletak jawatan dan pemilihan keduanya menolak jawatan penting itu.
Trump telah mengumumkan perlantikan ahli strategik cegah pemberontakan itu di estetnya, Mar-a-Lago, di Florida yang menamatkan pencarian seminggu untuk mengganti Michael Flynn yang hanya memegang jawatannya kurang sebulan.
Flynn terpaksa meletak jawatan pada 13 Februari lalu selepas hubungan yang boleh dipersoalkan dengan kerajaan Rusia dan pendedahan bahawa dia berdusta tentang mereka kepada timbalan presiden dan FBI.
Trump dengan tergesa-gesa untuk menggantikan Flynn selepas Naib Laksamana bersara Robert Harward menolak jawatan itu, di tengah pertikaian berhubung pelantikan Majlis Keselamatan peringkat rendah dan sidang media Trump yang putar belit.
Rumah Putih berkata Trump telah “memberikan kuasa penuh kepada McMaster untuk menggunakan khidmat apa saja kakitangan yang difikirkannya layak.”

McMaster, 54 tahun terkenal dengan kritikannya terhadap cara ketenteraan AS mengendalikan Perang Vietnam dan perkhidmatannya sendiri sebagai pemerintah di utara Iraq pada tahun 2005.
Buku yang dikarangnya pada tahun 1997 berjudul “Dereliction of Duty: Lyndon Johnson, Robert McNamara, the Joints Chefs of staff and the Lies That Led to Vietnam.”
Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Dewan Majlis Devin Nunes segera memuji “sejarah mempersoalkan status quo dan menyemai pemikiran baru dan pendekatan baru ke dalam hal ehwal ketenteraan” oleh McMaster.
Pengalamannya di Tal Afar Iraq mungkin berguna ketika AS dan pasukan bersekutu cuba untuk menawan semula Mosul yang berhampiran dari kumpulan Islam IS.
McMaster yang masih mengenakan pakaian seragam muncul bersama Trump di sofa di bilik istirahat Mar-aLago ketika muzik dimainkan.
Trump menyifatkan McMaster sebagai “lelaki berbakat hebat dan berpengalaman hebat.”
“Dia begitu dihormati oleh semua orang dalam ketenteraan dan kami sangat berbesar hati dia bersama kami.” – AFP