Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump pengerusikan mesyuarat Rumah Putih mengenai Gaza

    WASHINGTON, 27 OGOS – Utusan khas Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff berkata Presiden Donald Trump akan mempengerusikan satu ‘mesyuarat besar’ di Rumah Putih hari ini bagi membincangkan pelan pascakonflik untuk Gaza.

    Menurut agensi Anadolu (AA) yang memetik wawancara Fox News, ketika ditanya sama ada terdapat pelan untuk Gaza selepas konflik, Witkoff berkata, “Ya, kami akan mengadakan ‘mesyuarat besar’ di Rumah Putih hari ini yang dipengerusikan oleh Presiden (Donald Trump).

    “Ia adalah pelan yang sangat menyeluruh yang sedang kami rangka untuk hari berikutnya dan saya fikir ramai orang akan melihat betapa kukuh dan baiknya niat pelan ini dan ia mencerminkan motif kemanusiaan Presiden Trump,” katanya.

    “Kami percaya bahawa kami akan menyelesaikan (konflik) ini dengan apa cara sekalipun, sudah pasti sebelum akhir tahun ini,” tambahnya.

    Pengumuman itu dibuat ketika Setiausaha Negara AS, Marco Rubio dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Israel, Gideon Sa’ar di Washington hari ini untuk membincangkan isu yang dijangka bertumpu kepada Gaza. – Bernama

    Trump mengambil bahagian dalam mesyuarat Kabinet di Bilik Kabinet Rumah Putih di Washington, DC pada 26 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda