Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump pertimbang bertemu Maduro

    WASHINGTON, 22 JUN – Presiden Donald Trump akan mempertimbangkan untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Venezuela Nicolas Maduro, lapor agensi berita Xinhua, memetik media Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

    Dalam satu temu bual dengan Axios pada Jumaat, Trump berkata beliau terbuka untuk bertemu dengan Maduro. “Maduro ingin bertemu. Saya tiada halangan,” katanya.

    Selain itu, Trump turut mengatakan beliau kurang yakin dengan pemimpin pembangkang Venezuela Juan Guaido, yang mendapat sokongan AS dan beberapa negara barat lain, sejak awal 2019.

    Berikutan sokongan terhadap Guaido, AS telah menjalankan dasar sekatan ekonomi dan pengasingan diplomatik terhadap pemeintahan Maduro. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda