Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump pindah kediaman ke Palm Beach

    WASHINGTON, 1 NOV – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada hari ini mengesahkan laporan bahawa beliau telah memindahkan kediaman utamanya dari Manhattan, New York ke Palm Beach, Florida, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik akaun Twitter Trump.

    “Meskipun saya membayar berjuta-juta dolar cukai kepada kerajaan tempatan, negeri dan bandaran setiap tahun, saya telah dilayan dengan amat buruk oleh pemimpin politik sama ada di peringkat negeri atau bandaran,” kata Trump.

    Terdahulu, The New York Times melaporkan bahawa Trump dan Wanita Pertama Melania Trump memfailkan satu ‘deklarasi domisil’ pada September, merujuk kepada dokumen yang difailkan di Mahkamah Sirkit Daerah Palm Beach. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda