Friday, February 14, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump puji Arab Saudi

    WASHINGTON, 6 Nov – Presiden Donald Trump memuji Arab Saudi kerana memenuhi komitmen yang diumumkan oleh beliau ketika Sidang Kemuncak Riyadh awal tahun ini, termasuk pelancaran Pusat Sasaran Pembiayaan Pengganas dan Pusat Global Memerangi Ideologi Pelampau, kata Rumah Putih semalam.

    Trump mengeluarkan kata-kata berkenaan dalam satu panggilan telefon kepada Raja Saudi Salman bin Abdulaziz Al Saud pada Sabtu.

    Trump juga berkata kenyataan terbaru pemimpin Saudi mengenai keperluan membina satu rantau yang aman penting untuk “memastikan masa depan cerah untuk rakyat Saudi, untuk mengawal pembiayaan pengganas, dan menumpaskan ideologi radikal, untuk kali terakhir, supaya dunia boleh diselamatkan daripada kejahatannya.”

    Kedua-dua pemimpin juga membincangkan ancaman militia Houthi di Yaman dan pemintasan serangan peluru berpandu oleh Arab Saudi yang menyasarkan Riyadh yang dilancarkan oleh militia Houthi pada Sabtu, menekankan pentingnya memerangi ideologi pelampau dan mempelopori fahaman sederhana dan toleransi.

    Menurut Rumah Putih, Trump mengucapkan terima kasih kepada raja Saudi atas sokongannya terhadap komitmen AS untuk menewaskan IS. Bagi pihaknya, Raja Salman menyampaikan ucapan takziah atas serangan pengganas baru-baru ini di New York.

    Rumah Putih juga berkata Trump juga memuji pembelian senjata AS oleh Saudi, termasuk pelaburan bernilai AS$15 bilion dalam Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi Terminal (THAAD). – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda