Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump, Putin bincang kebakaran hutan Rusia

    WASHINGTON, 1 OGOS – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercakap semalam dengan Presiden Rusia Vladimir Putin mengenai kebakaran hutan di Siberia dan perniagaan, kata Rumah Putih.

    Trump ‘meluahkan kebimbangan mengenai kebakaran hutan yang melanda Siberia. Kedua-dua pemimpin juga membincang perniagaan di antara kedua-dua negara,” menurut satu kenyataan dari pejabat media Trump.

    Sebelumnya, agensi berita Rusia Ria melaporkan Washington menawarkan bantuan AS berhubung kebakaran di Rusia.

    Kira-kira tiga juta hektar tanag di tengah dan timur Rusia terbakar semalam, kata pihak berkuasa.

    Asap telah menjejas bukan sahaja penempatan kecil tetapi juga bandar besar di Siberia Barat dan rantau Altai, serta bandar di Urals seperti Chelyabinsk dan Yekaterinburg. Perjalanan udara juga telah terjejas.

    Menurut laporan Ria, Putin memuji tawaran bantuan sebagai petanda baik untuk pemulihan dalam hubungan AS-Rusia. Hubungan di antara Washington dan Moscow telah terjejas disebabkan perselisihan berhubung Syria dan Ukraine. – AFP

    Gambar daripada video yang dikeluarkan oleh televisyen Rusia RU-RTR menunjukkan kebakaran hutan di daerah Boguchansky rantau Krasnoyarsk, Timur Jauh Rusia pada 31 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda