Thursday, December 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Trump saman akhbar Iowa, dakwa campur tangan pilihan raya

    WASHINGTON, 18 DIS – Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah memfailkan saman terhadap sebuah akhbar di Iowa dan firma tinjauan berhubung ramalan salah yang diterbitkan bahawa pesaingnya daripada Parti Demokrat, Kamala Harris akan menang di Iowa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Trump mendakwa akhbar dan firma tinjauan itu terlibat dalam campur tangan pilihan raya.

    Tindakan itu yang dilaporkan secara meluas oleh media AS kelmarin, dilihat sebagai amaran terbaharu kepada organisasi media dan wartawan mengenai apa yang mungkin berlaku di bawah penggal kedua kepimpinan Trump.

    Ia susulan penyelesaian mengejut oleh sebuah pertubuhan berita utama, ABC News pada hujung minggu lepas yang bersetuju membayar AS$15 juta untuk menyelesaikan saman fitnah terhadap penyiar itu dan moderator, George Stephanopoulos. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda