WASHINGTON, 28 Feb – Sebelum ucapan kongres pertama beliau hari ini, Presiden Donald Trump menawarkan sedikit butiran tentang belanjawan akan datang beliau dengan mengumumkan beliau akan meminta Kongres kenaikan hampir 10 peratus dalam perbelanjaan pertahanan dan pengurangan besar bantuan asing.
Dengan meninjau awal langkah yang dibentuk untuk mengukuhkan janji kempen dengan dolar dan sen, Trump menjanjikan pelan fiskal yang menumpu pada ‘keselamatan awam dan keselamatan kebangsaan.”
Seorang pegawai pentadbiran berkata rancangan Trump akan memasukkan pertambahan AS$54 bilion dalam perbelanjaan pertahanan dan pengurangan sama dalam program bukan ketenteraan.
“Kebanyakan agensi-agensi persekutuan akan menyaksikan pengurangan ekoran itu,” kata pegawai itu yang mahu identitinya dirahsiakan. Akan ada ‘pengurangan besar dalam bantuan asing,” tambahnya lagi.
Trump telah meletakkan ancaman keselamatan tumpuan pentadbirannya dan menggesa respons jelas dan mantap adalah satu-satunya pemulih.

Beliau telah berjanji akan membina tembok di sempadan Mexico, menghantar pulang penghijrah-penghijrah haram dan menghapuskan para pejuang jihad dari ‘muka bumi ini.”
Cadangan belanjawan beliau yang akhirnya mesti diluluskan oleh Kongres itu mengukuhkan lagi kepercayaan itu.
Itu akan dengan banyaknya menambah perbelanjaan pertahanan AS yang telah yang tertinggi di dunia, meskipun tidak ada butiran tentang bagaimana dana tambahan itu akan dibelanjakan.
Trump mendakwa belanjawan beliau ‘melaksanakan janji saya mengekalkan keselamatan rakyat Amerika’.
“Itu akan termasuklah pertambahan bersejarah dalam perbelanjaan pertahanan untuk membina semula ketenteraan Amerika Syarikat yang sudah habis pada ketika kita paling memerlukannya,” kata Trump lagi.
Senator Republikan John McCain mengatakan pertambahan itu kurang penting dari cadangan Trump, yang merupakan kenaikan tiga peratus mengatasi ramalan bagi tahun fiskal 2018.
Katanya lagi, “Kita boleh dan mesti melakukan lebih baik.”
Namun yang lain mempersoalkan tentang impak dari cadangan pengurangan itu ke atas Jabatan Negara dan Agensi Perlindungan Persekitaran. – AFP